Pemandu teksi haram punca kluster baharu di Sabah - Utusan Malaysia

Pemandu teksi haram punca kluster baharu di Sabah

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemandu teksi sapu atau teksi haram menjadi punca kepada kewujudan kluster baharu Covid-19 di Sabah semalam.

Kluster baharu iaitu kluster Kota Klias di Beaufort dikesan berpunca daripada seorang pemandu teksi sapu iaitu seorang lelaki berusia 69 tahun disahkan positif ujian RTK-Ag pada 3 Julai lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setakat ini 44 kes positif dikesan daripada kluster ini.

“Daripada 71 saringan kontak rapat dalam kalangan keluarga dan pelanggan teksi sapu itu, sebanyak 44 orang dikesan positif termasuk empat kes baharu hari ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Sabah mencatatkan sebanyak 370 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian masing-masing satu kematian di Keningau dan Semporna.

Ia menjadikan kumulatif kes positif di negeri ini menjadi 73,506 kes manakala, kumulatif kes sembuh pula sebanyak 70,413 orang.

Setakat semalam, sebanyak 2,226 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 417 orang di hospital dan 1,709 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatam Berisiko Rendah (PKRC) Awam serta 100 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) pula seramai 53 orang dan 12 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Semalam 19 daerah mencatatkan kes baharu dengan Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 113 kes positif baharu manakala, lapan daerah lagi tidak mencatatkan sebarang kes.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN