Pelajar Perakaunan UiTM raih pencapaian dunia - Utusan Malaysia

Pelajar Perakaunan UiTM raih pencapaian dunia

HANNAH MUMTAZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro), Hannah Mumtazah Ahmad,21,dianugerahkan pencapaian tertinggi dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional sesi Jun tahun ini.

Koordinator Komunikasi Korporat Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Aisyah Kamaruzaman berkata, anak kelahiran Selangor tersebut dinobatkan anugerah bagi dua kertas yang diambilnya.

“Bagi kertas Financial Management (FM), Hannah berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan juga di dunia manakala bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR), Hannah dinobatkan tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.

“Beliau yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah berasa sangat bersyukur atas sokongan padu yang berterusan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah. Ini menguatkan lagi semangat beliau walaupun berdepan cabaran sepanjang proses pembelajaran atas talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siti Aisyah berkata, disiplin diri serta kekuatan mental merupakan cabaran terbesar yang dihadapi Hannah Mumtazah sepanjang pembelajaran atas talian.

Jelas Siti Aisyah lagi, kejayaan Hannah Mumtazah adalah disebabkan pengurusan masa yang baik dalam memastikan sesi ulangkaji dapat diatur dengan sebaiknya.

“Konsistensi sepanjang semester merupakan antara kunci kejayaan beliau. Selain itu, anak sulung daripada dua beradik ini berkata bahawa perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekuliah merupakan kaedah yang selalu diamalkannya.

“Beliau juga menyatakan rasa berterima kasih yang tinggi kepada pensyarah yang sangat berdedikasi dalam memastikan bahawa pelajar tetap dapat memahami subjek meskipun dalam situasi yang mencabar kini,” katanya.

Beliau menambah, Hannah masih mempunyai tiga lagi kertas sebelum menamatkan pengajian beliau dan mendapat kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Untuk rujukan, JPPro merupakan program professional yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan ACCA Malaysia.

Melalui program ini, pelajar boleh terus mengikuti program ACCA tanpa perlu mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya