IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru diluluskan pendaftarannya mungkin bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua Majlis Pimpinan Pejuang Negeri Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, kerusi-kerusi tersebut dikenal pasti sebagai kawasan majoriti pengundi Melayu, selaras dengan teras parti itu sebagai parti Melayu dan bumiputera. Katanya, walaupun parti baharu, tidak mustahil Pejuang bertanding di semua kerusi…