Pas beri bayangan mahu Parlimen Bagan Serai - Utusan Malaysia

Pas beri bayangan mahu Parlimen Bagan Serai

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pas Perak memberi bayangan mahu bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjaya Perak Perak, Razman Zakaria berkata, calon daripada parti itu lebih layak untuk bertanding berdasarkan data PRU-14 apabila Pas kalah kepada Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan hanya dengan 172 undi.

Katanya, berdasarkan data itu, Pas mempunyai kelebihan untuk menang berbanding jika calon dari parti lain mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.

“Bagi calon PRU-15, kita akan kaji calon mana yang boleh beri kemenangan di satu-satu kawasan. Apa faktor yang boleh mendorong kemenangan, jadi kita gunakan data PRU-14.

“Dalam PRU-14, Pas kalah kepada UMNO hanya dengan 172 undi. Jadi undi Pas hanya berbeza 172 undi,  jadi kalau tambah dengan undi Bersatu, maka menanglah kita,” katanya kepada pemberita pada program korban Pas Bagan Serai di Markas Pas Masjid Tinggi dekat sini hari ini.

Menurut Razman, setakat ini soal calon bertanding dalam PN belum dibincangkan namun kriteria utama calon ialah boleh membawa kemenangan kepada PN.

“Jadi jangan disebabkan kesilapan meletakkan calon,  tempat yang kita boleh menang tapi  kita kalah. Kita tak boleh ambil risiko ini.

“Bagi Pas, kami mempunyai cawangan di semua 51 cawangan di  Bagan Serai dan mempunyai 15,000 ahli di sini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai namun kemudiannya menafikan perkara itu.

Razman, dalam responnya mengenai perkara itu berkata, Pas Perak tidak bersetuju dan berpendapat tidak sewajarnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu bertanding di Bagan Serai yang merupakan kubu kuat Pas.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menang PRU-14 atas tiket BN namun kemudiannya menyertai Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya