MBM ‘angkat’ suara belia untuk perhatian kerajaan - PM - Utusan Malaysia

MBM ‘angkat’ suara belia untuk perhatian kerajaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan, Majlis Belia Malaysia (MBM) memainkan peranan penting dalam membantu dan membawa suara belia untuk perhatian kerajaan sejak penubuhannya 73 tahun lalu.

Menurut beliau, sebagai golongan yang termasuk dalam senarai diberikan tumpuan kerajaan khususnya ketika pandemik Covid-19, belia tentunya memerlukan perantara atau orang tengah yang boleh menjadi penyambung suara mereka di pelbagai peringkat.

“Sudah pasti, MBM selaku organisasi yang mewakili suara orang muda boleh dan telah memainkan peranannya dalam aspek ini.

“Seiring usia penubuhannya, saya yakin MBM akan terus bekerja rapat dengan kerajaan untuk membantu dan membawa suara generasi muda dari peringkat akar umbi agar sentiasa didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak berkenaan. Insya-Allah. Selamat Ulang Tahun Ke-73 MBM!” katanya dalam kenyataan melalui Facebook hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN