Lelaki rugi RM500 selepas diugut sebar video panggilan lucah - Utusan Malaysia

Lelaki rugi RM500 selepas diugut sebar video panggilan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki rugi RM500 selepas diugut wanita warga asing untuk menyebar video bogelnya ketika mereka membuat panggilan video di Brickfields kelmarin.

Mangsa berusia 24 tahun itu yang berkenalan dengan wanita terbabit di satu aplikasi telefon pintar sebelum membuat panggilan video dengan beraksi lucah dan tidak berpakaian. 

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, selepas selesai membuat panggilan video berkenaan, mangsa menerima pesanan ringkas dan diminta memberikan wang sebanyak RM3,000.

“Jika tidak berbuat demikian, mangsa diugut video bogelnya akan disebarkan. 

“Mangsa yang takut kemudiannya memindahkan wang sebanyak RM500 ke satu akaun bank tempatan milik seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Anuar berkata, susulan itu,  mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memuat naik sebarang aplikasi di telefon bimbit kerana kes penipuan boleh berlaku di mana-mana. 

“Segala maklumat penting di dalam telefon bimbit peribadi hendaklah disimpan sebaiknya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya