Lebih 5 juta individu lengkap dos vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 5 juta individu lengkap dos vaksin Covid-19

ADHAM Baba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sehingga hari ini, jumlah pemberian vaksin Covid-19 dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencecah 16,904,896 dos di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi laman Twitternya berkata, sehingga pukul 11.59 malam tadi, jumlah populasi yang telah lengkap kedua-dua dos vaksin pula adalah seramai 5,397,826 orang.

Manakala seramai 11,507,070 lagi telah menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara.

“Bagi jumlah vaksinasi harian, sebanyak 417,738 dos telah diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama dan seramai 133,066 bagi mereka yang menerima suntikan do kedua vaksin Covid-19,” katanya dalam perkongsian tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN