KKMM, PDRM kerjasama pantau penularan video bunuh diri - Utusan Malaysia

KKMM, PDRM kerjasama pantau penularan video bunuh diri

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau penularan video berkaitan bunuh diri dalam laman sosial.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, KKMM memandang serius perkara itu bagi mengelak gejala peniruan bunuh diri (copycat suicides) yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Kita memandang serius individu yang menularkan video berkaitan bunuh diri sebab kita bimbang berlakunya gejala yang dipanggil copycat suicide.

“KKMM akan pantau perkara ini dan kita percaya polis juga memantaunya kerana secara lazimnya satu bentuk pemberitahuan akan diberi kepada pihak polis untuk perkara (video) itu dipadamkan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Komunikasi Sokongan Kesihatan Mental bagi membincangkan perkembangan semasa pelaksanaan inisiatif sokongan kesihatan mental.

Pasukan yang ditubuhkan daripada pelbagai agensi dan kementerian itu bertujuan membantu menyelesaikan tekanan yang dihadapi masyarakat ketika negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memaklumkan pihaknya bertindak melakukan empat perkara jika mendapati sesuatu paparan di laman sosial menjurus kepada perbuatan bunuh diri.

“Perkara tersebut sudah semestinya akan dilapor kepada polis untuk tindakan dan pengendali laman sosial tersebut akan dipanggil jika ia didapati disebarkan di negara ini selain video berkenaan turut dipadam.

“KKMM juga akan melaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar menyediakan pasukan maklum balas teknikal bagi mengatasi masalah tersebut,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN