Kilang sarung tangan diarah tutup sementara - Utusan Malaysia

Kilang sarung tangan diarah tutup sementara

SHAMSUDIN Mamat (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pihak pengurusan kilang Molynlycke Health Care Sdn. Bhd. yang diarahkan tutup sementara operasinya di Kuala Ketil, Baling hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebuah kilang sarung tangan perubatan yang beroperasi di Kuala Ketil dekat sini diarahkan tutup sementara berkuat kuasa mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata, arahan tersebut dikeluarkan setelah terdapat pekerja di kilang tersebut dijangkiti Covid-19 sejak 4 Julai lalu.

Menurutnya, notis penutupan sementara kilang Molynlycke Health Care Sdn. Bhd. itu dikeluarkan pada operasi yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bersama Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

Katanya, operasi itu juga melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Daerah Baling dan Pejabat Daerah Baling.

“Penutupan kilang itu berkuat kuasa sehingga ke suatu tarikh yang akan diputuskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Baling,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 19 pekerja pekerja kilang itu telah disahkan positif Covid-9 dan dan 10 ahli keluarga mereka telah dijangkiti wabak tersebut.

“Sehingga kini, seramai 125 pekerjanya yang mempunyai kontek rapat dengan individu dijangkiti telah disaring dan dipakaikan gelang merah jambu,” katanya.

Tambahnya, beliau telah menyarankan agar kilang itu ditutup sementara supaya Covid-19 tidak terus tersebar di kawasan kilang berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN