Khidmat sambilan diutamakan kepada Pos Rider - Utusan Malaysia

Khidmat sambilan diutamakan kepada Pos Rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada bekas ejen Pos Rider sebagai pekerja sambilan ketika berlaku peningkatan jumlah bungkusan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, jumlah bungkusan lazimnya melalui peningkatan pada waktu tertentu sepanjang tahun didorong oleh jualan khas oleh peruncit, musim perayaan, jualan tarikh khas seperti 9.9 atau 11.11 dan seumpamanya.

Katanya, ini sekali gus membolehkan bekas ejen Pos Rider memanfaatkan lonjakan berkenaan dan membantu Pos Malaysia mengekalkan kecekapan kos.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat penurunan ketara dalam jumlah mel biasa di seluruh negara. Seiring dengan penurunan ini, pertumbuhan e-dagang pula memperkembangkan perniagaan kurier.

“Pandemik Covid-19 juga mendorong perkembangan perniagaan kurier kerana semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk kekal berada di rumah dan membeli-belah secara dalam talian,” katanya di sini 

Pos Malaysia sebelum ini melaksanakan rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider bermula Khamis lalu.

Dalam pada itu, Pos Malaysia berkata, dua perubahan utama pada segmen pos dan kurier mendorong kepada pelaksanaan langkah itu.

“Penurunan jumlah mel biasa menyebabkan lebihan kapasiti tenaga kerja dalam kalangan posmen kami. Maka amat wajar bagi Pos Malaysia untuk membuka peluang kepada posmen ini menghantar bungkusan kurier, sekali gus mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan dan memenuhi lebihan kapasiti ini.

“Pos Malaysia kekal komited untuk memastikan kemampanan dan daya maju perniagaannya. Oleh itu, dengan pandemik yang mempengaruhi segmen perniagaan lain dalam Kumpulan, perancangan semula strategi, kos dan penggunaan sumber untuk perniagaan kami akan terus dilakukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya