Khabar gembira buat pengusaha pusat cuci kereta - Utusan Malaysia

Khabar gembira buat pengusaha pusat cuci kereta

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengusaha pusat cucian kereta khususnya di Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang menarik nafas lega apabila boleh kembali memulakan operasi perniagaan mereka bermula hari ini.

Rata-rata pengusahanya sebelum ini buntu memikirkan nasib mereka yang hilang punca pendapatan dan terpaksa menanggung beban membayar sewa kedai, gaji pekerja serta menyara diri dan keluarga.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Cuci Kereta Malaysia (PCKM), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, memulakan kembali perniagaan sememangnya begitu ditunggu-tunggu oleh pengusaha pusat cuci kereta.

“Biarpun kebenaran ini (beroperasi) hanya di lima negeri terbabit, namun ia sekurang-kurangnya membantu pengusaha pusat cuci kereta di negeri terlibat untuk kembali bernafas demi kelangsungan kehidupan mereka.

“PCKM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan termasuk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendengar keluhan pengusaha pusat cuci kereta,” katanya di sini.

Sejumlah 7.6 juta penduduk di lima negeri boleh menikmati kebebasan apabila kerajaan mengisytiharkan mereka sudah beralih ke Fasa 2 Pelan
Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berjaya mencapai tiga nilai ambang yang ditetapkan iaitu kes harian Covid-19 bawah 4,000, kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di tahap sederhana dan 10 peratus penduduknya telah menerima dua dos lengkap vaksin.

Di bawah Fasa 2 beberapa perniagaan di bawah Sektor Perdagangan dan Pengedaran dibenarkan beroperasi antaranya kedai gunting rambut (perkhidmatan asas); komputer dan telekomunikasi; kedai buku dan alat
tulis serta kedai cuci kereta.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, sejak menularnya Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha pusat cuci kereta mematuhi segala arahan kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun mengalami kemerosotan dalam perniagaan.

“Tentunya apabila dibenarkan beroperasi semula, pengusaha pusat cucian kereta akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan walaupun ketat demi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 di pusat cucian berkenaan.

“Pusat itu bukan sahaja memberi perkhidmatan cucian semata-mata, malah melaksanakan perkhidmatan pembasmian kuman dalam kenderaan yang menggunakan bahan sanitasi nyahkuman Covid-19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya