Ketengah cadang geran bantu penggiat pelancongan terkesan PKP - Utusan Malaysia

Ketengah cadang geran bantu penggiat pelancongan terkesan PKP

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bercadang memperkenalkan satu geran bagi membantu penggiat pelancongan di Tasik Kenyir memulakan kembali perniagaan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, perkara itu dalam kajian pihaknya selepas mengambil kira keperluan bantuan berkenaan kepada golongan sasar.

“Sebelum ini, kita memberikan moratorium, bakul makanan di samping bantuan one off kepada pengusaha bot, rumah bot atau rumah rakit serta kepada pekerja dan pengusaha kedai makan.

“Jika PKP berlanjutan, kita bercadang menyediakan geran mudah kepada golongan sasar di Tasik Kenyir dalam usaha membangunkan semula perniagaan mereka yang kerugian besar,” katanya kepada pemberita selepas program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini semalam.

Dalam pada itu, Razali berkata, kalendar aktiviti Tahun Melawat Kenyir 2021 (TMK21) akan terus dijayakan sebaik sahaja gelombang pelancongan dibenarkan beroperasi kelak.

Katanya, pelbagai program berbeza sudah dirancang pada setiap bulan, namun, tertangguh akibat PKP, bagaimanapun aktiviti promosi tetap diteruskan.

“Kita akan melaksanakan tiga program dalam sebulan bagi membantu pengusaha pelancongan di sini dan sekiranya tidak dapat dilakukan, maka segala aktiviti TMK21 akan dibawa ke tahun hadapan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN