PETALING JAYA: Kes jangkitan Covid-19 hari ini masih melebihi 6,000 untuk lima hari berturut turut bermula 29 Jun lalu iaitu 6,658.
Angka tersebut bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding semalam 6,982 kes.
Berdasarkan laman Facebook Kementerian Kesihatan, Selangor masih berada di atas dengan 3,047 kes diikuti Kuala Lumpur, 616 kes dan Negeri Sembilan, 699 kes.
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 3,047
WPKL – 616
Johor – 414
Sabah – 322
Sarawak – 361
Negeri Sembilan – 699
Kelantan – 89
Pulau Pinang – 174
Perak – 101
Kedah – 145
Melaka – 345
Pahang – 200
Terengganu – 51
WP Labuan – 108
WP Putrajaya – 16
Perlis – 2










