IPOH: Cadangan agar diwujudkan kerajaan sementara yang ditadbir penjawat awam sepenuhnya berikutan kemelut politik ketika ini, tidak boleh dilaksanakan di bawah sistem di negara ini. Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana kerajaan seperti itu hanya boleh dibuat selepas dewan dibubarkan dan selepas pilihan raya umum, sementara menunggu pelantikan kerajaan baharu. Katanya, perkhidmatan awam tidak boleh mengambil alih pemerintahan negara seperti yang dicadangkan oleh Gerakan Kakitangan Awam –…










