Kanak-kanak lelaki maut dipatuk ular - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki maut dipatuk ular

Kanak kanak yang maut dipatuk ular (kanan) dalam kejadian di Rembau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas empat jam dipatuk ular di rumah keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, setahun lima bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi di Hospital Rembau ketika sedang menerima rawatan susulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang merupakan anak bongsu tinggal bersama ibu, nenek dan abangnya di rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama bersama ibunya yang turut berada di bilik tersebut. Tiba tiba ibunya mendengar jeritan anak bongsu lalu mangsa melihat terdapat seekor ular yang masuk ke lubang dalam bilik tersebut.

“Mangsa memeriksa anaknya dan ternampak kesan patukan ular di tapak tangan kiri anaknya. Mangsa terus membawa anak bongsunya ke Hospital Rembau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Hazri berkata, kira-kira pukul 1 pagi, ibu mangsa dimaklumkan pihak Hospital Rembau bahawa anaknya telah meninggal dunia dan laporan polis dibuat ibu mangsa pada pagi ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN