PUTRAJAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 merekodkan 553,871 dos iaitu angka tertinggi setakat ini dalam tempoh sehari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu meliputi sebanyak 356,112 dos pertama, manakala sejumlah 197,759 bagi dos kedua.
Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 18,393,347 dos sudah diberikan kepada individu yang berkelayakan di seluruh negara.
“Jumlah terkini individu berdaftar untuk menerima vaksin melalui MySejahtera kini mencatatkan 19,919,192 individu,” katanya dalam Twitter, hari ini. – UTUSAN ONLINE