Cubaan ‘bunuh’ karier politik Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Cubaan ‘bunuh’ karier politik Syed Saddiq

LIM Kit Siang bersama Tan Hong Pin menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada pengusaha bas sekolah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di GP Mall, Iskandar Puteri, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pendakwaan yang dibuat terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa merupakan satu percubaan untuk membunuh karier politik Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Tan Hong Pin berkata, hal itu kerana Syed Saddiq merupakan satu ikon baharu khususnya kepada golongan muda di negara ini.

“Ini satu usaha untuk ‘membunuh’ atau menghentikan kerjaya politik seorang ikon baharu, kita tahu Syed Saddiq seorang individu yang mendapat sokongan ramai terutamanya golongan muda.

“Tindakan pendakwaan ini seperti perbuatan menyekat pertumbuhan seorang tokoh politik baharu namun saya berharap beliau melihat ini sebagai satu ujian buat dirinya dalam mengharungi kancah politik tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Penyampaian Bakul Makanan kepada Persatuan Pemandu-Pemandu Bas Sekolah Johor Bahru Cawangan Iskandar Puteri di GP Mall, di sini hari ini.

Hong Pin turut berharap, Syed Saddiq akan dapat mengatasi cabaran itu dan terus berkhidmat kepada rakyat dengan kejayaan yang lebih besar pada masa depan.

Semalam, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu berjaya mengumpul sebanyak RM715,573.77 selepas 24 jam melancarkan dana awam untuk membantu dirinya yang sedang berdepan pendakwaan mahkamah tersebut.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, pihaknya berasa kagum dengan sokongan yang diberikan masyarakat negara ini terhadap pemimpin politik muda itu.

“Ini menunjukkan rakyat masih menyokong individu yang berjuang untuk keadilan dan kebaikan di dalam negara ini. Ini juga merupakan satu harapan kepada negara kerana walaupun dalam situasi politik semasa.

“Saya juga berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjelaskan sama ada ini (pendakwaan terhadap Syed Saddiq) merupakan satu pendakwaan bermotifkan politik atau pun tidak,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya