Covid-19 Pahang: 329 kes baharu, empat kematian - Utusan Malaysia

Covid-19 Pahang: 329 kes baharu, empat kematian

BAHARI CHE AWANG NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang mencatatkan penambahan kes baharu Covid-19 sebanyak 329 kes, hari ini berbanding 195 kes dilaporkan semalam.

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 di negeri ini mencecah 14,190 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, berdasarkan jumlah kes baharu itu, 223 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 106 kes warganegara asing. 

“Sebanyak 326 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan dan tiga jangkitan import iaitu dari Selangor. 

“Terdapat 173 kes diperoleh daripada saringan kluster, 118 saringan kontak rapat, 16 saringan bergejala, 22 saringan bersasar dan satu saringan kemasukan ke wad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Bahari berkata, 10 daerah di negeri ini mencatatkan pertambahan kes dengan empat kematian baharu dilaporkan.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (163 kes), diikuti Bentong (68 kes), Jerantut (48 kes), Temerloh (31 kes), Maran (enam kes), Pekan (empat kes), Cameron Highlands (empat kes), Rompin (dua kes), Bera (dua kes) dan Lipis (satu kes). 

“Jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 137 kes. Dua daripada kes tersebut direkodkan dari Kuantan merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Taman Seri Inderapura dan wanita berusia 55 tahun dari Perumahan Bukit Rangin Damai.

“Dua lagi kes kematian mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga, Maran yang merupakan lelaki berusia 24 tahun dari Taman Saga, Mentakab, Temerloh dan warga emas berusia 72 tahun dari Perumahan Awam Kos Rendah Bandar Baru, Jerantut,” katanya.

Tambahnya, sebanyak lapan daerah berada dalam zon merah iaitu daerah Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran dan Temerloh.

“Tiga daerah lain iaitu Raub, Rompin dan Pekan berada dalam zon kuning manakala tiada daerah berada dalam zon jingga dan hijau.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN