'Buy Now, Travel Later' pacu sektor pelancongan, hospitaliti Melaka - Utusan Malaysia

‘Buy Now, Travel Later’ pacu sektor pelancongan, hospitaliti Melaka

SULAIMAN Md. Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri dan platform e-dagang, Lazada bekerjasama menyediakan laman Melaka e-Bazar bagi mempromosikan produk pelancongan dan hospitaliti Melaka menerusi kempen ‘Buy Now, Travel Later’ bermula 7 Julai lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kempen tersebut diadakan sempena Sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) Ke-13.

Beliau berkata, usaha sama itu merupakan insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama di samping menyahut saranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Usaha ini dapat meningkatkan sinergi dan kerjasama antara pemain industri pelancongan dan perkhidmatan pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. 

“Kerjasama dengan Lazada memang tepat pada masanya kerana industri pelancongan negara dan Melaka menerima impak yang besar akibat pandemik Covid-19. 

“Dengan memanfaatkan pelanggan Lazada di seluruh negara, kempen ini membantu menjana aliran tunai yang mampan kepada perniagaan di Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, pihaknya bertekad untuk memainkan peranan dalam menyokong perniagaan tempatan dalam suasana mencabar ini terutamanya industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19. 

Menurutnya, pelancaran kempen berkenaan akan membantu perniagaan di Melaka memanfaatkan kunjungan yang meningkat di Lazada untuk capaian pelanggan yang optimum. 

“Pakej Pintar Niaga kami yang sedang ditawarkan boleh membantu peniaga membuka gedung dalam talian dengan kos sifar,” jelasnya.

Pengguna Lazada boleh membeli baucar percutian dengan tarikh terbuka iaitu tempoh sah laku selama setahun sehingga 2022 melalui Melaka e-Bazar.

 

Mulai 1 Ogos, setiap pengguna Lazada juga boleh menikmati penjimatan lebih besar dengan mengumpulkan baucar diskaun sehingga 50 peratus di laman Melaka e-Bazar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya