Berhenti pelbagai sebab, bukan semata-mata ‘burn out’ - Utusan Malaysia

Berhenti pelbagai sebab, bukan semata-mata ‘burn out’

DR. SHA'ARI NGADIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan seramai 163 pegawai perubatan meletakkan jawatan sejak Januari lalu dengan pelbagai sebab termasuk mendapatkan pendapatan yang lebih menarik.

Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya mendapati punca peletakan jawatan pegawai terbabit bukan semata-mata beban kerja tetapi pelbagai sebab yang direkodkan.

“Seperti sekarang ini, pegawai yang berhenti kerana mahu mendapatkan emolument lebih dengan menyertai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan ada yang mahu berkhidmat di klinik keluarga mereka bagi meneruskan perniagaan keluarga masing-masing.

“Malah beberapa pegawai yang saya sendiri berjumpa, mereka bertukar profesion dan ada yang jadi jurugambar kerana sudah tidak minat dengan kerjaya sebelum ini malah ada juga yang buka kedai komputer kerana mendapat pendapatan tiga kali ganda,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shafiq berkata, berdasarkan rekod sejak 2014 sehingga yang terbaharu, seramai 900 pegawai meletak jawatan atas pelbagai sebab yang dilihat bukanlah trend yang tinggi.

“Kita di kementerian berpandangan pegawai perubatan sedia ada akan terus setia malah dengan tawaran baharu Perdana Menteri akan terdapat penambahbaikan termasuk jawatan tetap yang akan dilaksanakan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya