Beberapa lokaliti di 4 negeri kena PKPD - Utusan Malaysia

Beberapa lokaliti di 4 negeri kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa lokaliti di empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) bermula Isnin hingga 8 Ogos ini setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti itu ialah dua di daerah Kinta, Perak iaitu Medan Klebang Restu (Mukim  Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg.  Raia), manakala di Pahang pula ialah Blok 5 FELDA Keratong 7, Muadzam  Shah, Rompin.

Beliau berkata, turut dikenakan perintah sama ialah Asrama Pekerja dan Tapak Bina  Hospital Pendang di Pendang, Kedah selain di Sabah pula dua lokaliti di Daerah Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.

“Selain itu ialah Perumahan Ladang Kim Loong,  Beluran; Kampung Tungkang, Kudat dan Kampung Telisai, Tungku, Lahad  Datu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail  Sabri memberitahu, beberapa lokaliti ditamatkan PKPD seperti dijadualkan iaitu di Sabah melibatkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan,  Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; Kampung Jawi-Jawi, Kota  Belud selain tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN