KUANTAN: Felda perlu segera mengumumkan insentif kepada peneroka yang tidak mempunyai baki hutang hingga 31 Disember 2019. Peneroka yang mempunyai baki hutang minimum dan langsung tiada hutang perlu diberikan insentif setimpal kerana berjaya mematuhi arahan Felda terutama dalam menguruskan ladang dengan jayanya sepertimana diminta agensi berkenaan. Antara insentif yang boleh diberikan Felda kepada peneroka ‘setia’ adalah saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) atau dalam bentuk wang tunai yang boleh dijadikan tabungan.…