16 sekeluarga ditahan pukul ahli keluarga sampai mati - Utusan Malaysia

16 sekeluarga ditahan pukul ahli keluarga sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: 16 sekeluarga ditahan polis selepas disyaki mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian terhadap salah seorang ahli keluarga sendiri dekat kediaman mereka di Ladang Baru Kelang, Banting.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt. Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh suspek ditahan antara pukul 1 hingga 3 pagi tadi terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita merupakan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara terdekat mangsa.

“Pada 1 Julai 2021 kira-kira pukul 10.15 malam, pihak polis telah terima maklumat dari Wad Kecemasan Hospital Banting memaklumkan seorang pesakit yang dihantar oleh pihak Ambulan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Banting akibat kecederaan dipukul.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati simati merupakan seorang penganggur bangsa India berusia awal 30-an berasal dari Ladang Baru Kelanang Banting. Simati telah dipukul oleh beberapa orang ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah, adik beradik dan saudara mara terdekat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah, Ahmad Ridhwan kesemua suspek berusia antara 17 hingga 60 tahun memukul ahli keluarga mereka selepas mangsa dikatakan datang ke rumah dalam keadaan mabuk, memukul beberapa ahli keluarga lain, merosakkan kenderaan adiknya dan memecahkan cermin kereta dengan batu-bata.

“Berikutan itu ahli keluarga yang berang dengan sikap si mati bertindak memukul si mati menggunakan kayu, kerusi dan batu. Simati telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dibawa oleh Ambulans ke Hospital sebelum meninggal dunia.

“Bertindak dari kejadian itu kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk mencederakan simati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya