15,000 pokok durian Musang King haram dimusnahkan - Utusan Malaysia

15,000 pokok durian Musang King haram dimusnahkan

KIRA-KIRA 15,000 batang pokok durian Musang King di Batu Talam di Raub, Pahang selesai ditebang petang semalam dan penanaman pokok hutan mula dilakukan di kawasan berkenaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kesemua kira-kira 15,000 batang pokok Musang King yang ditanam secara haram di di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini berjaya dimusnahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, operasi penebangan menerusi Op Pamah itu telah selesai semalam lebih awal berbanding jangkaan selama sebulan sehingga 3 Ogos  ini.

“Penanaman pokok hutan telah bermula dengan melibatkan sebanyak 500 anak pokok hutan pelbagai spesies,” katanya di sini hari ini.

Operasi menebang pokok durian Musang King di HSK Batu Talam seluas 101 hektar dimulakan pada 2 Julai lalu dan dijangka siap pada 3 Ogos depan.

Walaupun pada mulanya operasi menerima provokasi melampau dipercayai daripada pekebun durian namun operasi kembali lancar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) mula melakukan kawalan pada 5 Julai lalu.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, operasi memusnahkan pokok Musang King di kawasan seluas 101 hektar itu bertujuan mengekalkan kawasan tadahan air yang membabitkan sumber air kepada penduduk.

Beliau memberitahu Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 62,070 hektar telah diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air pada 2002.

“Hutan Simpan Kekal Batu Talam membekalkan air kepada Sungai Sempam yang mengalir bertemu Sungai Liang dan membentuk Sungai Semantan yang mana sumber air sungai berkenaan diproses di Loji Semantan untuk kegunaan pengguna,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya