134 kematian; 16,840 kes positif - Utusan Malaysia

134 kematian; 16,840 kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekod kes positif Covid-19 sebanyak 16,840 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,179 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 134 kematian dicatatkan dengan 1,055 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 532 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 183,706 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,092 kes diikuti Kuala Lumpur (2,114), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079) dan Sabah (1,066).

“Tujuh negeri dan satu Wilayah merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258) dan Putrajaya (100).

“Hanya satu negeri dan satu wilayah catat kes dua angka iaitu Perlis (13) dan Labuan (7),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN