10 gelandangan ditawar bekerja - Utusan Malaysia

10 gelandangan ditawar bekerja

ZAITON Ismail (kiri) berbual bersama sebahagian gelandangan yang hadir menyertai sesi temuduga dijalankan pihak kerajaan negeri dengan kerjasama Perkeso, Yayasan Kebajikan Negara, JKM dan PBSM di Anjung Singgah, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri komited dalam memastikan rakyat Johor berpeluang mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Ini termasuklah golongan gelandangan yang kini menjadikan kaki lima sebagai rumah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, terkini, seramai 10 individu gelandangan telah dibantu mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, perkara itu dicapai melalui inisiatif membawa pihak majikan ke kawasan gelandangan.

“Bagi memastikan golongan gelandangan juga mempunyai peluang mendapatkan pekerjaan, satu sesi temuduga telah diadakan di Anjung Singgah, di sini.

“Sesi temu duga itu dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM),” katanya ketika ditemui hari ini.

Sesi temu duga itu dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu secara fizikal dan hibrid dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Tambah Zaiton, antara majikan yang terlibat dalam program berkenaan termasuklah Pelabuhan Tanjung Pelepas; ATA Industrial Sdn Bhd; JCY HDD Technology Sdn. Bhd.; Kulim Malaysia Berhad; Polycore Optical (M) Sdn. Bhd. dan VS Industry Berhad.

“Alhamdulillah, seramai 10 orang yang menghadiri sesi temuduga ini telah berjaya ditawarkan pekerjaan. Semoga usaha baik ini berterusan untuk memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Johor dipertingkat terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan,” jelasnya.

Sebelum ini, seramai 229 gelandangan yang berdaftar di bandar raya Johor Bahru akan diberi peluang kedua dengan menjalani proses pemadanan pekerjaan bagi membantu golongan tidak bernasib baik itu.

Berdasarkan kepada data yang dikumpul oleh PBSM, seramai 72 peratus daripada 229 orang yang dikenal pasti masih produktif untuk bekerja selain mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun menunjukkan minat untuk mencari rezeki dengan kudrat sendiri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya