fbpx

27 Jun 2022, 5:12 am

  TERKINI

ZPP peruntuk RM1.5 juta bantu 10,000 penduduk terjejas

BEBERAPA kakitangan Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang ZPP membungkus makanan dan barangan keperluan harian yang akan diagihkan kepada kira-kira 10,000 penerima di seluruh Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sehingga RM1.5 juta untuk diagihkan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan harian kepada kira-kira 10,000 penduduk di negeri ini yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, proses pengagihan itu bermula sejak Khamis lalu dan sehingga kini lebih 600 keluarga di seluruh negeri ini telah menerima manfaatnya. 

Jelas beliau, setiap keluarga yang layak akan menerima bungkusan makanan dan barang keperluan harian lain bernilai RM150 iaitu nilai tertinggi yang pernah peruntukan ZPP  kepada penerima bantuan seumpama itu. 

“Sehingga kini, ZPP telah menerima sehingga 2,300 permohonan bagi mendapatkan bantuan  ini dan setiap permohonan itu akan disaring oleh pegawai-pegawai kami terlebih dahulu,” katanya. 

Beliau ditemui semasa meninjau proses pengumpulan serta pembungkusan barangan keperluan termasuk makanan itu di Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang, di sini hari ini. 

Amran memberitahu, mereka yang berhasrat memohon bantuan tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi ZPP atau mengisi borang permohonan dengan melampirkan salinan kad pengenalan. 

“Bantuan ini kita buka kepada semua umat Islam di Pulau Pinang sama ada warganegara atau bukan warganegara. 

“Sebaik sahaja disahkan layak menerima, ZPP ‘Response Team’ akan membuat penghantaran segera iaitu dalam tempoh 24 jam,” ujarnya. 

Tambah beliau, pihaknya mensasarkan untuk membuat penghantaran bantuan itu antara 300 hingga 400 sehari menggunakan kira-kira 10 kenderaan milik ZPP. 

ISWANTambah Amran, ZPP juga akan menimbang untuk menyalurkan peruntukan tambahan sekiranya fasa PKP 3.0 itu berlarutan selepas ini. – UTUSAN ONLINE 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI