UMNO Alor Setar hulur sumbangan makanan - Utusan Malaysia

UMNO Alor Setar hulur sumbangan makanan

MOHD. Yusof Ismail menyampaikan barangan keperluan makanan kepada golongan terkesan akibat PKP secara pandu lalu di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR : UMNO Bahagian Alor Setar memberi sumbangan sebanyak 300 pek barangan makanan kepada keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 3.0 di sini, hari ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, sumbangan tersebut yang mula diagihkan semalam  merupakan sebahagian daripada hasil barangan yang didermakan oleh orang ramai untuk golongan tersebut.

Menurutnya, bantuan itu akan diagihkan secara berperingkat-peringkat di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

“Semalam, seramai 100 orang di Parlimen ini menerima barangan makanan seperti beras, minyak masak dan mi segera manakala  hari ini pula seramai 300 orang lagi menerima bantuan tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabat UMNO Bahagian Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang menerima sumbangan tersebut mengambil barangan makanan itu secara pandu lalu di pejabat UMNO  bahagian ini.

Bagaimanapun, tambahnya, penerima yang tidak mempunyai kenderaan, sakit dan dikuarantinkan pula akan dihantar ke rumah masing-masing.

“Pihaknya akan memastikan golongan yang berkelayakan akan menerima bantuan tersebut agar mereka mendapat bekalan makanan dalam tempoh PKP ini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN