Tetap cemerlang walaupun belajar di tepi jalan - Utusan Malaysia

Tetap cemerlang walaupun belajar di tepi jalan

MUHAMAD Akmal Helmi menunjukkan keputusan SPM kepada ibunya, Ku Hasliza Ku Amin yang menjual bunga hiasan bagi menampung persekolahannya di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM 2020) tidak menyangka usahanya untuk mengikut sesi pembelajaran secara maya di tepi jalan berhampiran rumah jirannya di Kampung Permatang Tepi di sini berbaloi apabila dia masih mampu memperoleh keputusan cemerlang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Muhamad Akmal Helmi, 18, berkata, dia sememangnya tidak menduga akan menerima keputusan A terutama bagi mata pelajaran matematik, matematik tambahan dan kimia disebabkan keterbatasan proses pembelajaran ekoran pandemik Covid-19.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran ketika sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sejak Mei tahun lalu selain ketiadaan telefon bimbit.

“Saya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh biarpun ketiadaan telefon bimbit dan terpaksa berkongsi alat komunikasi itu dengan dua lagi adik lelaki berusia 12 dan 15 tahun tahun lalu.

“Melihat kepayahan yang saya lalui, ibu sanggup berkongsi duit hasil jualan pokok bunga hiasannya dengan membeli sebuah telefon bimbit berharga RM600 Disember tahun lalu.

“Bukan setakat itu, saya juga terpaksa keluar dari rumah untuk belajar secara online di tepi jalan berdekatan rumah jiran disebabkan masalah talian internet. Dalam seminggu, saya hanya mengikuti kelas PdPR selama tiga hari sahaja,” katanya kepada ditemui Mingguan Malaysia di kediamannya baru-baru ini.

Muhammad Akmal memberitahu, dia yang menanam cita-cita sebagai pakar bius merancang menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau kolej matrikulasi nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya