Syed Saddiq ahli politik populis - TMJ - Utusan Malaysia

Syed Saddiq ahli politik populis – TMJ

TANGKAP layar jawapan Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditanya pengikut Instagram tentang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai seorang ahli politik yang populis.

Tunku Ismail bertitah demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang pengikut laman sosial Instagram rasmi milik baginda, HRH Crown Prince of Johor tentang ‘Kenapa tidak suka Syed Saddiq’ malam tadi.

Titah Tunku Mahkota Johor, negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

“Apa yang beliau lakukan sebelum ni? Melakukan sesuatu tanpa arah? Negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi. Pemimpin yang berprinsip dan bukan seorang populis,” titah Tunku Ismail.

Tunku Ismail bertitah, terdapat perbezaan antara individu yang turun melakukan kerja di lapangan dengan mereka yang ‘berlakon’ melakukan kerja di media sosial.

“Menyelesaikan tugas di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial merupakan dua perkara berbeza,” jelas baginda.

Sementara itu, Tunku Ismail turut bertitah, baginda tidak mempunyai masalah dengan individu yang memberi kritikan kepada keluarga diraja.

Bagaimanapun titah baginda, kritikan tersebut perlulah secara profesional dan bukannya berbentuk hasutan, fitnah dan perkataan kesat.

“Mengkritik dan membuat komen menghasut adalah dua perkara yang berbeza, jika anda mengkritik secara profesional pada pendapat saya tidak mengapa, tetapi jika anda menggunakan kata-kata kasar dan fitnah, itu tidak baik. Bukan hanya untuk kerabat diraja tetapi pada masyarakat umum juga,” tambah baginda.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut bergurau dengan menyatakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai seorang tukang masak yang baik apabila ditanya pengikutnya.

“Beliau pandai memasak,” titah baginda ringkas.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya