Surat kebenaran operasi KeTSA diterima pakai sehingga 28 Jun - Utusan Malaysia

Surat kebenaran operasi KeTSA diterima pakai sehingga 28 Jun

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Surat Kebenaran Beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021.

Pemakluman itu dibuat sendiri oleh menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, surat tersebut bersekali dengan kebenaran daripada pihak lain termasuklah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Jelas Shamsul Anuar lagi, langkah tersebut adalah sebagai usaha kementerian dalam membantu usaha kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03 – 8886 1665 / 019 – 669 6842 atau e-mel kepada [email protected].

Dalam masa yang sama, saya menyeru kerjasama semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam membendung penularan wabak Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya