fbpx

25 Jun 2021, 3:04 pm

  TERKINI

Ramai ingkar tidak pakai pelitup muka

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara merekodkan 828 individu ditahan semalam dengan 759 dikompaun, 68 direman dan seorang lagi dijamin. 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi masih sebab tidak memakai pelitup muka sebanyak 162 kes diikuti gagal merekod butiran di premis sebanyak 150 kes disusuli rentas kawasan / makan di premis (134), tiada jarak fizikal (103), gagal mematuhi PKP (86), membawa penumpang berlebihan (85), premis ingkar arahan (10) dan lain-lain (98).

 “Seramai 28 orang pendatang asing tanpa izin turut ditahan semalam melalui Operasi Benteng dengan 169 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui 10 aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 515 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan kuarantin bersama 8,532 individu masih lagi berada di pusat itu di seluruh negara.

Seramai 2,620 individu terlibat telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 212,791 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 580 peruncit, 160 pemborong dan 31 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,676 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya sebanyak 18 premis yang terlibat dikenakan kompaun.

Beliau juga mengesahkan, cuma seorang daripada 111 pekerja asing yang positif Covid-19 setelah melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara semalam. -UTUSAN ONLINE