Pulau Pinang harap Ordinan Darurat ditamatkan untuk adakan sidang DUN - Utusan Malaysia

Pulau Pinang harap Ordinan Darurat ditamatkan untuk adakan sidang DUN

LAW CHOO KIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang berharap Perintah Ordinan Darurat dapat ditamatkan secepat mungkin supaya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat kembali berfungsi seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, penamatan perintah Ordinan Darurat itu juga bagi membolehkan mesyuarat pertama penggal keempat DUN Ke-14 Pulau Pinang dapat dijadualkan segera.

Jelasnya, beliau pada 23 April lalu telah membuat permohonan bertulis kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengadakan sidang DUN dalam tempoh Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa.

Tambah beliau, permohonan itu dilakukan setelah mendapatkan pandangan undang-undang Jabatan Peguam Negara melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Melalui surat permohonan tersebut juga, saya telah menyatakan hasrat untuk mengadakan sidang DUN pada bulan ini untuk meluluskan usul calon pilihan raya berumur 18 tahun ke atas serta beberapa usul lain yang tertangguh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Choo Kiang, MKN pada 20 Mei lalu mengemukakan maklum balas bertulis berhubung permohonan tersebut yang memaklumkan sementara Ordinan Darurat masih berkuat kuasa, DUN Pulau Pinang tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini.

Jelasnya, MKN turut berpandangan ia memandangkan bilangan kes Covid-19 di seluruh negara menimbulkan kebimbangan yang amat tinggi dan sebarang aktiviti berbentuk perhimpunan yang melibatkan perkumpulan individu yang ramai perlu dielakkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya