PETALING JAYA: Selain masalah pembelian peranti dan data internet, implementasi rangkaian telekomunikasi selular generasi kelima (5G) perlu diperluas serta dipercepatkan bagi memastikan kadar capaian perkhidmatan di negara ini berada pada tahap terbaik. Pensyarah Kejuruteraan Komputer Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Diyana Ab. Kadir berkata, kepadatan penduduk dan bilangan pengguna yang terlalu ramai dalam satu- satu masa menyebabkan perkhidmatan ditawarkan tidak dapat menampung keperluan tersebut. Katanya, syarikat penyedia telekomunikasi perlu menaik taraf…