Penggunaan katil di Perlis masih terkawal - Utusan Malaysia

Penggunaan katil di Perlis masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kapasiti penggunaan katil pesakit Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini setakat 2 Jun lalu masih pada tahap tidak membimbangkan iaitu sebanyak 50.9 peratus.

Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd Yusof memberitahu, kapasiti mereka yang ditempatkan di Pusat Rawatan Risiko Rendah Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di sini pula hanya sekitar 16.6 peratus.

Katanya, penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 di negeri ini masih tidak berada pada tahap kritikal dan keadaan pula semakin baik.

“Keadaan masih terkawal di negeri ini dengan penggunaan katil khususnya di HTF masih berada dalam keadaan baik dan cukup menampung keperluan pesakit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, sehingga kini, sudah 27 peratus atau 50,825 orang penduduk di negeri ini telah menerima suntikan vaksin meliputi 16.9 peratus penerima dos pertama dan 10.1 peratus yang lengkap menerima dua dos suntikan.

“Proses suntikan vaksin di negeri ini juga berjalan lancar dan teratur mengikut perancangan melibatkan dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan 2020, Kangar dan Dewan Seri Melati, Beseri, manakala satu lagi PPV di fasiliti Kementerian Kesihatan iaitu di HTF,” katanya.

Hari ini, Perlis mencatatkan lapan kes positif baharu dengan jumlah kes tempatan keseluruhan aktif setakat ini ialah sebanyak 93 kes.

Jumlah kes terkumpul pula adalah sebanyak 531 kes melibatkan empat kematian dan 406 kes sembuh sehingga hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya