Pelajar cemerlang mahu jadi peguam - Utusan Malaysia

Pelajar cemerlang mahu jadi peguam

NURUL Yasmin Sofiya Roshaizad gembira melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bersama ibu bapanya di kediaman mereka di Kampung Kubang Machang, Kuala Terengganu hari ini. -UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mendorong Nurul Yasmin Sofiya Roshaizad, 18, dari Kampung Kubang Machang di sini meneruskan impiannya untuk bergelar peguam.

Nurul Yasmin Sofiya berkata, kerjaya sebagai pengamal undang-undang merupakan minatnya sejak kecil dan keputusan 8A yang diperoleh melonjakkan lagi semangat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

“Abah cuma bekerja kampung manakala ibu pula suri rumah dan sebagai anak sulung, menjadi tanggungjawab saya untuk mengubah nasib keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Nurul Yasmin Sofiya berhasrat untuk memasuki Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) sebagai langkah pertama mengejar cita-citanya.

Sementara itu, seorang lagi calon SPM 2020, Ainul Hanani Fadzli Adnan, 18, bersyukur dapat meraih 5A walaupun pernah berputus asa apabila peperiksaan itu ditangguhkan sebelum ini.

Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar di Dungun itu berkata, persediaan sudah dibuat sejak tingkatan empat tetapi sedikit sebanyak terganggu kerana kekangan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN