MyNIC perkenal PRIME lahirkan usahawan digital - Utusan Malaysia

MyNIC perkenal PRIME lahirkan usahawan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  MyNIC menyediakan peruntukan sebanyak RM1.6 juta menerusi  Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) yang menawarkan sebanyak 20,000 domain percuma kepada mereka yang berminat menceburi bidang keusahawan digital dengan sasaran kepada golongan usahawan, masyarakat luar bandar dan  golongan orang kurang upaya. 

PRIME diperkenalkan oleh MyNIC sebagai sebahagian daripada beberapa program dan inisiatif yang telah dibangunkan sepanjang tahun lepas hingga kini dengan memberi tumpuan khusus kepada  tiga golongan tersebut.

Menurut kenyataan medianya yang dikeluarkan baru-baru ini sempena pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN),  program tersebut memperkenalkan tiga teras utama iaitu penjenamaan digital, platform teknologi, dan pembangunan modal insan dan pada masa sama mewujudkan kategori nama domain baharu iaitu biz.my

“MyNIC juga membangunkan DNS Secure Resolver dan menjalankan program keselamatan DNSSEC untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian dan sekali gus melindungi ekosistem ekonomi digital, “ katanya . 

Selain itu, MyNIC turut menyediakan Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital dengan tujuan bagi menggalakkan penyertaan usahawan MSME membawa perniagaan mereka ke dalam talian melalui laman sesawang (web) dan juga platform media sosial.

Di samping itu, program latihan itu juga mengadakan sesi kesedaran dan kefahaman kepada komuniti usahawan mengenai keselamatan siber denan tumpuan kepada kurikulum pembangunan laman web, pengiklanan menggunakan Facebook, Google ads dan juga Google My Business. 

Dengan adanya latihan tersebut, ia dapat memperkasa dan mengembangkan perniagaan  dalam talian, mengembangkan potensi pelanggan baru tempatan dan luar negara dan akhirnya meningkatkan pendapatan perniagaan mereka. 

Bagi menjayakan program tersebut, MyNIC telah bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Turut terlibat menjayakan program tersebut adalah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), SME Corp, Institut Keusahawanan Negara (Insken), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Pahang Go Sdn Bhd, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) bagi memaksimumkan capaian kepada usahawan. 

MyNIC mengalu-alukan lebih banyak rakan strategik baru agar impian untuk merealisasikan ekonomi digital ini menjadi kenyataan. 

“MyNIC akan meneruskan usaha untuk memperkasa perniagaan dan industri tempatan untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi digital. 

“Dengan pembangunan industri ICT yang berkembang pesat dan penggunaan nama domain .my yang meluas, ia akan dapat membantu untuk menyokong serta menjayakan PPN. 

MyNIC  merupakan  agensi yang bertindak sebagai pembolehupaya kepada ekonomi digital negara menyokong usaha kerajaan dalam merealisasikan PPN seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Pelan berfasa ini dilihat dapat memberi satu keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan amat komited untuk membina semula ekonomi yang makin meruncing akibat pandemik Covid-19. 

MyNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya