MKN terima 98 aduan premis langgar had minimum jumlah pekerja - Utusan Malaysia

MKN terima 98 aduan premis langgar had minimum jumlah pekerja

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis merekodkan jumlah aduan tertinggi diterima oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan berkenaan mencatatkan sebanyak 98 aduan yang direkodkan bermula 6 Jun lalu sehingga ke hari ini.

“Secara keseluruhan, sepanjang hampir dua minggu itu, pihak MKN telah menerima sejumlah 382 aduan yang memerlukan tindakan pelbagai agensi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di samping itu, turut diterima ialah sebanyak 77 aduan berkaitan sektor tidak perlu yang masih beroperasi dan 60 aduan bagi kategori ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) am.

Ismail Sabri memaklumkan bahawa orang ramai juga boleh menyalurkan aduan pelanggaran SOP terus kepada Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) menerusi talian 03-80008000.

Selain itu, ujar beliau, aduan tersebut boleh dihantar kepada sekretariat MyGCC melalui e-mel [email protected] atau pautan portal MKN iaitu aduan.pematuhan.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa sejumlah 496 buah kilang telah diperiksa oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan di seluruh negara sejak 1 Jun lepas sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, 106 buah kilang telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar SOP yang diwartakan dan memastikan pematuhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Secara kumulatif, ujar beliau lagi, sebanyak 2,109 buah kilang dan 22,819 premis perniagaan sudah pun diperiksa oleh pasukan tersebut di seluruh negara sejak 14 Januari lalu hingga kini.

Operasi pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan itu kata Ismail Sabri, menyaksikan sejumlah 160 buah kilang dan 17 premis perniagaan yang diperiksa telah diarahkan tutup. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya