MARDI fokus penyelidikan hasil varieti makanan guna teknologi terkini dalam RMK-12 - Utusan Malaysia

MARDI fokus penyelidikan hasil varieti makanan guna teknologi terkini dalam RMK-12

MOHAMAD ZABAWI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memfokus kepada penghasilan varieti baharu tanaman makanan melibatkan padi, sayur- sayuran dan buah buahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Ketua Pengarah MARDI yang baru dilantik, Datuk Dr. Mohamad Zabawi  Abdul Ghani berkata, pihaknya juga akan memokus kepada usaha-usaha meningkatkan hasil pengeluaran pertanian menerusi  penggunaan teknologi moden

Beliau berkata, usaha meningkatkan hasil itu boleh dilakukan menerusi penambahbaikan sistem penanaman sayur bernilai tinggi berasaskan kilang tanaman, pertanian tepat melalui pendekatan Internet of Things (IoT), bioteknologi dan nanoteknologi serta penghasilan makanan fungsian.

“MARDI juga berhasrat untuk memastikan semua empat elemen dalam sekuriti makanan iaitu ketersediaan (availability), akses makanan (accessibility), penggunaan (utilization) dan kestabilan (stability) dapat dicapai selaras dengan Dasar Jaminan Makanan Negara serta Dasar Agromakanan 2.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, “ ujarnya kepada Utusan Online.

Di samping itu, MARDI juga katanya berusaha memperkukuhkan strategi bagi meningkatkan penghasilan ternakan termasuk ayam, lembu dan kambing akan diperkemaskan

Tumpuan juga akan diberikan kepada penanaman bawang dan ubi kentang tanah rendah bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

Selain memantapkan aktiviti penyelidikan, MARDI juga akan memberi tumpuan kepada sistem pemindahan teknologi yang lebih berkesan dan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi masyarakat dan negara.

“Semua hasrat tersebut akan dapat direalisasikan menerusi  penggembelengan idea, tenaga dan masa oleh seramai 515 pegawai penyelidik,  68 pegawai tadbir dan 2,235 staf sokongan.

“Semua mereka  ini ditempatkan di 10 pusat sektor penyelidikan termasuk lima Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (COE), lapan pusat sektor pembangunan dan operasi, tiga unit tadbir urus (Unit Audit Dalam, Unit Intergriti dan Pusat Urus Tadbir dan Perundangan) di samping 31 stesen dan pejabat negeri di seluruh negara, katanya,

Lima COE yang dimiliki MARDI ialah Padi dan Beras MARDI Seberang Perai, Perak; COE Buah-Buahan Tropika  MARDI di Sintok; COE Ternakan MARDI di Kluang, Johor COE Ubian MARDI di Bachok, Kelantan dan COE Pertanian Hijau MARDI di Cameron Highlands.-

Mohamad Zabawi dilantik ke jawatan tersebut pada 8 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor yang bersara wajib.

MARDI merupakan agensi terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya