LPNPP bakal bangunkan rumah mampu milik di Bukit Gedung - Utusan Malaysia

LPNPP bakal bangunkan rumah mampu milik di Bukit Gedung

LAKARAN artis projek kediaman jenis kos sederhana rendah dan unit rumah mampu milik yang akan dibangunkan LNPPP di Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang yang dijangka siap pada 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) akan membangunkan sebanyak 253 unit kediaman jenis kos sederhana rendah dan 1,014 unit rumah mampu milik (RMM) di Bukit Gedung, Bayan Baru yang dijangka siap pada 2025. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, pembangunan unit kediaman itu merupakan projek sulung LPNPP bagi memastikan tawaran perumahan mampu milik di negeri ini sentiasa mencukupi. 

“Pembinaan RMM di Bukit Gedung akan dibangunkan di kawasan berkeluasan tiga hektar. 

“Secara prinsip, kita telah bersetuju dengan komponen yang mengandungi RMM C3 (kos mampu milik) yang akan dijual pada harga RM270,000 seunit dan RMM B (kos sederhana rendah) yang akan dijual pada harga RM72,500,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Jagdeep, pelbagai kelengkapan termasuk surau, laman tai chi, kolam renang, tempat riadah dan sebagainya akan disediakan di projek LPNPP di Bukit Gedung itu. 

“Kerajaan negeri akan terus berusaha dalam memperjuangkan pembinaan RMM kepada rakyat Pulau Pinang dan telah menyasarkan sehingga 220,000 unit dapat disediakan menjelang 2030. 

“Tujuh daripada 10 projek perumahan yang sedang dilaksanakan sejak awal tahun ini di Pulau Pinang adalah RMM,” katanya. 

Dalam perkembangan lain Jagdeep berkata, jumlah pendaftaran penerima vaksin di negeri ini mencatatkan peningkatan memberangsangkan iaitu telah mencapai 898,641 orang setakat kelmarin. 

“Jumlah mereka yang telah divaksin ialah 152,101 orang iaitu sekitar 11 peratus sahaja dan jumlah ini masih belum mencapai sasaran, jadi kita mohon kerajaan Pusat mempercepatkan kadar pemberian vaksin Covid-19 ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya