Lelaki pandu lawan arus langgar penunggang motosikal - Utusan Malaysia

Lelaki pandu lawan arus langgar penunggang motosikal

Tangkap layar rakaman video menunjukkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu melawan arus dengan sebuah motosikal di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang lelaki memandu sebuah kereta melawan arus di Jalan Kerinchi di sini, hari ini menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 lagi itu dikatakan berlaku di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Susulan kejadian itu, tular satu video berdurasi 22 saat di media sosial menunjukkan kemalangan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun bergerak dari arah Jalan Pantai Permai menghala ke Lebuhraya Persekutuan masuk laluan bertentangan.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kereta berkenaan bertembung dengan sebuah motosikal yang berada di lorong paling kanan.

“Penunggang motosikal berusia 42 tahun itu terjatuh di atas jalan raya dan patah tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kejadian itu berlaku apabila pemandu kereta tidak perasan termasuk ke jalan yang salah dan hanya menyedari perkara itu selepas berlaku kemalangan.

“Penunggang motosikal yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya