Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gara-gara perselisihan faham, tiga lelaki ditahan susulan kejadian amuk yang berpunca daripada kemalangan tiga kenderaan di Jalan 1/1B, Taman Intan Baiduri, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.57 pagi itu, salah seorang daripada tiga mangsa kemalangan tersebut dipercayai telah mengamuk dengan memarahi dua pemandu kenderaan lain.

Walhal, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kemalangan terbabit disebabkan kecuaian suspek sendiri yang melanggar kenderaan di hadapannya.

“Mangsa yang membuat laporan adalah saksi kejadian. Mangsa menghampiri untuk meleraikan pergaduhan namun secara tiba-tiba diserang empat lelaki lain yang menaiki kereta dengan nombor pendaftaran dan jenis tidak pasti.

“Dalam kejadian itu, mangsa telah dipukul menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan di kepala dan muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Eng Lai, sebaik pihaknya tiba di tempat kejadian, semua lelaki yang memukul mangsa itu sudah melarikan diri.

Namun, kata beliau, seorang daripada suspek yang dipercayai mencetuskan pergaduhan itu dapat ditahan polis.

“Susulan kejadian, operasi dijalankan untuk mengesan suspek dan hasilnya dua lagi suspek disyaki terbabit insiden pergaduhan itu dapat diberkas.

“Semua tangkapan berusia lingkungan umur 24 tahun hingga 29 tahun. Permohonan reman sudah dibuat hari ini untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Ujar beliau, semakan lanjut mendapati, dua daripada suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada rekod jenayah.

Eng Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dikenakan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

“Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes supaya tampil memberikan keterangan atau pun boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

“Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa mematuhi undang-undang. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu ingkar,” katanya.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya