Kerajaan Sabah sumbang 10,000 komputer riba - Utusan Malaysia

Kerajaan Sabah sumbang 10,000 komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10,000  komputer riba  disumbangkan kerajaan Negeri Sabah bagi kegunaan murid di negeri itu. 

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menghargai sumbangan Bantuan Ihsan Komputer itu sebagaimana diumumkan Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor kelmarin.

Katanya, menerusi inisiatif berkenaan, sebanyak  9,842 murid tingkatan lima dan enam di sekolah bawah JPN  dan 158 murid di sekolah bawah Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  akan menerima bantuan komputer riba.

” JPN Sabah bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama penuh untuk mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan tersebut.

” JPN Sabah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri  untuk bersama-sama memastikan murid terus mendapat akses pendidikan mengikut kesesuaian murid dan guru, khususnya dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya