PETALING JAYA : Kerajaan disaran mewujudkan program penyerapan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) universiti awam (UA) menerusi kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Jurucakap Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Chonnel George berkata, sejumlah 4,390 lepasan ISMP masih menanti penempatan dan mereka wajar diberi ruang mengisi kekurangan guru. “Meskipun terdapat persoalan ketidakpadanan opsyen graduan yang sesuai dengan jumlah keperluan guru di sekolah, perkara itu dapat…