fbpx

25 Jun 2021, 3:00 pm

  TERKINI

Kementerian Pendidikan nafi hantaran Facebook `Skala Gred SPM’ milik Lembaga Peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini menafikan sekeras kerasnya mengenai satu hantaran Facebook ‘Skala Gred SPM’ yang tular dalam Facebook adalah milik Lembaga Peperiksaan

Kenyataan media ementerian berkenaan malam ini merujuk  hantaran Facebook milik MamaMia Mia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” #bilasekolahdipolitikkan” 

“Adalah ditegaskan bahawa yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, “ katanya.

Menurut kenyataan itu lagi,  ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ia gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan tersebut. 

Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam. 

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut, “ ujarnya.