Kedah mahu fasiliti vaksinasi ditambah - Utusan Malaysia

Kedah mahu fasiliti vaksinasi ditambah

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (kiri) beramah mesra dengan salah seorang penerima vaksin di PPV Dewan Kenangan, MPSPK di Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri meminta Kementerian Kesihatan (KMM) membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik dan pusat kesihatan swasta di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, jumlah PPV itu perlu ditambah terutama di daerah-daerah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Katanya, pada masa ini, sebanyak dua buah PPV dibuka di daerah ini iaitu PPV Dewan Kenanga Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan PPV Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani di sini.

“Kita perlukan penglibatan sektor (klinik dan hospital) swasta yang lebih banyak bagi membantu mempercepatkan program vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPV Dewan Kenangan, MPSPK di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi memberitahu, jumlah penduduk di daerah Kuala Muda di sini yang berkelayakan menerima suntikan vaksin ialah seramai 325,000.

Jelasnya, berdasarkan jumlah tersebut, pihak KMM akan dapat menyelesaikan suntikan tersebut dalam tempoh lebih tujuh bulan sekiranya bilangan PPV tidak ditambah.

Malah, menurutnya, kapasiti vaksinasi di PPV Dewan Kenangan, MPSPK juga telah ditingkatkan daripada 600 orang kepada 1,000 orang penerima vaksin sehari.

“Kita turut menyediakan pusat suntikan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang diadakan selama tiga hari seminggu dengan kapasiti 200 orang sehari.

“Buat masa sekarang, penglibatan sektor swasta masih kurang, hanya lima klinik swasta yang diluluskan untuk membuat suntikan, tetapi, jumlahnya kecil iaitu 30 suntikan sehari dibenarkan,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya bercadang untuk membuka sebuah lagi PPV untuk daerah Kuala Muda iaitu di Gurun yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 140,000 orang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya