JKM bantu Suganthi, anak perempuan - Utusan Malaysia

JKM bantu Suganthi, anak perempuan

WAN Norashikin Wan Noordin (kanan) menziarahi R. Suganthi di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kesempitan hidup seorang wanita dan anak perempuannya yang terpaksa ikat perut setelah hilang kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus mendapat pembelaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan  memproses permohonan bantuan bulanan untuk  R. Suganthi, 52, dan anak perempuannya, Lalithambiga, 33.

Menurutnya, sekiranya diluluskan, mereka  akan menerima RM300 secara bulanan.

“Bantuan am itu akan diberikan sehingga masalah kesihatan Suganthi, yang mengalami kecederaan tulang rawan tergelincir atau slip disc bertambah baik dan boleh bekerja semula.

“Dimaklumkan ada syarikat yang telah menawarkan pekerjaan kepada Suganthi sebagai pengawal keselamatan di sekitar Ipoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Norashikin menziarahi dua beranak itu yang menumpang rumah rakannya di sini hari ini yang turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.

Menurut Wan Norashikin, dua beranak itu memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup kerana telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, kerajaan negeri prihatin terhadap nasib dua beranak itu yang terjejas akibat PKP.

“Apatah lagi mereka mengalami masalah kesihatan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini,” katanya.

Suganthi kehilangan pekerjaan berikutan pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu. 

Kerana kesempitan hidup dan mengalami masalah kesihatan kerana terlibat kemalangan jalan raya, Suganthi dan anaknya menumpang di rumah rakan mereka.

Mereka mendakwa terputus bekalan makanan namun pada mulanya mengakui malu untuk meminta bantuan, namun terpaksa merayu keprihatinan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan  hidup. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya