Gelandangan perlu segera divaksin - Utusan Malaysia

Gelandangan perlu segera divaksin

ABDUL Raouf Mokhtar (dua,kiri) dan Nazilah Idris (dua,kanan) berbual dengan seorang gelandangan di bawah jambatan di Klang Selangor hari ini. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG-Gelandangan yang berada di sekitar bandar Klang perlu diberi vaksin untuk Covid-19 sebagaimana warganegara Malaysia yang lain.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Abdul Raouf Mokhtar, majoriti gelandangan yang beliau temui tidak tahu menahu tentang vaksin mahupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Hari ini saya turun padang bersama (parti) MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi makanan tengah hari kepada gelandangan di bandar ini. Apa yang menyedihkan, mereka masih belum divaksin malahan tidak tahu apa itu vaksin.

“Kita berharap kerajaan menyantuni golongan ini dan memberi mereka vaksin. Ini disebabkan mereka berjalan ke sana sini dalam keadaan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dan bersih,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program NGO, UMNO dan MIC Menyantuni Golongan Gelandangan di Klang hari ini.

Hadir sama ialah Ketua MIC Bahagian Kota Raja, Shanker Raj Ayenger, Pengerusi NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris, Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah.

Sementara itu Nazilah berkata, sebagai Pengerusi NGO Selangor pihaknya bersedia membantu kerajaan mendaftarkan golongan gelandangan sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Pihak NGO telah mengumpul data dan mendapati ada 500 lebih pemandangan di seluruh Klang. Kita bersedia mendaftarkan golongan ini untuk mendapat vaksin.

“Gelandangan tidak mempunyai telefon pintar bagaimana mereka hendak mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin di bawah MySejahtera. Kita bersedia membantu mereka untuk mendapatkan vaksin,”katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN