Empat remaja hilang dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Empat remaja hilang dikhuatiri lemas

Orang awam bersama-sama membantu pasukan bomba mencari mangsa di kawasan laut berhampiran Kampung Contoh, Petagas, Sabah- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU :   Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-mandi bertukar menjadi tragedi apabila empat daripada mereka dilaporkan hilang dan dipercayai lemas dalam kejadian di kawasan laut berhampiran Kampung Contoh, Petagas dekat sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6 petang dan dua kumpulan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian melibatkan empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama sekumpulan lagi kanak-kanak di kawasan tersebut. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa sedang dijalankan oleh pasukan bomba secara pencarian di permukaan (surface searching)

Pasukan penyelamat di air (PPDA) BBP Kota Kinabalu turut digerakkan bagi membantu operasi SAR.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya