Dapur Kampung Prihatin bantu 60 keluarga terkesan PKP - Utusan Malaysia

Dapur Kampung Prihatin bantu 60 keluarga terkesan PKP

MOHD. Rafi Kori mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas menerusi program Dapur Kampung Prihatin (DKP) kepada penduduk Kampung Pulau Manis di Kuala Terengganu, semalam. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Inisiatif Dapur Kampung Prihatin (DKP) yang dicetuskan penduduk Kampung Pulau Manis di sini berjaya membantu hampir 60 keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Wakil penduduk, Mohd. Rafi Kori berkata, sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, gula di samping ikan segar itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dalam tempoh sukar ini.

Katanya, kesemua barangan itu hasil sumbangan orang ramai bukan sahaja dalam kalangan penduduk kampung, malah komuniti dari daerah lain.

“Sejak dilancarkan pada minggu lalu, hampir 60 keluarga sudah mendapat manfaat daripada bantuan DKP yang diuruskan sukarelawan dan belia Kampung Pulau Manis.

“DKP kali ini merupakan kesinambungan daripada program yang dimulakan pada PKP 1.0 lalu dengan konsep yang sama iaitu penghantaran dari rumah ke rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Rafi, baru-baru ini terdapat individu prihatin yang menyumbangkan seekor lembu untuk diagihkan dagingnya kepada penduduk kampung dan kawasan sekitar.

“Usaha murni ini akan diteruskan bukan sahaja untuk kebajikan penduduk kampung, malah dalam masa sama dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya